Rovio Tidak Lagi Membangunkan Permainan Untuk Windows Phone

Rovio Tidak Lagi Membangunkan Permainan Untuk Windows Phone

Diterbitkan pada July 12, 2016 oleh .

Rovio merupakan salah satu syarikat pembangun permainan yang popular untuk peranti mudah-alih. Permainan mereka yang popular dan masih mempunyai peminat dan pemain sehingga ke hari ini adalah Angry Birds. Sebelum ini, Rovio sering menyokong pelbagai platform, namun bergerak kehadapan, mereka dilihat tidak lagi membangunkan permainan untuk Windows Phone.

Angry Birds 2

Melalui emel yang dihantar oleh pihak Rovio, mereka mengatakan hanya akan membangunkan permainan untuk peranti Android dan iOS sahaja, serta mereka telah menghentikan pembangunan untuk Windows Phone.

Selain tiada pembangunan baru, mereka juga dilihat tidak akan mengemaskini untuk permainan sedia ada.

Berita daripada pihak Rovio ini hadir selepas sejumlah pengeluar dan pembangun lain turut melakukan perkara sama disebabkan oleh pengguna pada platform berkenaan yang semakin berkurangan dari hari ke hari.


TIPS & ULASAN