Oppo F1 Plus Edisi Barcelona FC Akan Hadir Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Oppo F1 Plus Edisi Barcelona FC Akan Hadir Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada July 12, 2016 oleh .

Oppo sebelum ini telah hadir dengan beberapa telefon pintar edisi khas bersempena kerjasama dengan pasukan bolasepak Barcelona. Pada tahun ini, mereka turut hadir dengan Oppo F1 Plus edisi Barcelona, dan kini ia dilihat akan dijual dipasaran tempatan tidak lama lagi.

Oppo F1 Plus Barcelona

Dinamakan sebagai Oppo F1 Plus FC Barcelona Edition, ia hadir dengan rekaan Oppo F1 Plus, tetapi berwarna dengan gabungan biru dan merah – selari dengan warna tema untuk pasukan bola sepak berkenaan. Disamping itu, ia turut hadir dengan logo pada bahagian belakang dengan binaan 18K Gold-Plated.

Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah kandungan dan tema peranti berasaskan kepada pasukan bola sepak berkenaan. Oppo turut menyertakan pelindung luar untuk telefon pintar ini dengan tema pasukan bolasepak Barcelona FC yang turut hadir dengan tanda tangan beberapa pemain yang dicetak menggunakan lazer.

Harga jualan untuk telefon pintar ini dijangka diumumkan tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN