Cari @ Amanz

Symbian ialah platform peranti pintar pertama yang kami gunakan. Ia menjadi pertaruhan Nokia untuk melawan kebangkitan iOS dan Android. Sistem operasi peranti mudah alih yang dahulunya paling popular ini kini semakin dilupakan. Pada Februari lalu WhatsApp mengumumkan mereka akan menamatkan sokongan untuk platform ini pada penghujung tahun. Kini tarikh sebenar bila sokongan akan dihentikan diketahui.WhatsApp-Symbian-2

31 Disember 2016 ialah tarikh terakhir WhatsApp akan beroperasi pada peranti Symbian. Pengguna WhatsApp pada platform ini mula menerima peringatan mengenai penamatan sokongan. Symbian ialah platform ke-tiga yang disokong WhatsApp selepas iOS dan Blackberry. Ia pertama kali boleh digunakan pada Mei 2010. Sokongan untuk Android hanya diberikan pada Ogos 2010. Selain Symbian, WhatsApp turut menghentikan sokongan terhadap Blackberry 10, Android 2.2 (dan kebawah) dan juga Windows Phone 7.1. Masih adakah diantara pembaca Amanz yang masih setia dan menggunakan sistem operasi klasik ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd