Cari @ Amanz

Tetikus yang selesa memastikan kerja dapat dilakukan dengan lebih pantas. Sekiranya anda seorang gamer pula tetikus dengan kepekaan yang tinggi dapat memastikan anda dapat membidik dengan lebih pantas. Razer melancarkan versi terkini tetikus Abyssus mereka hari ini. Abyssus V2 ini mempunyai kepekaan 5000 DPI dan sistem lampu tiga warna.

Razer-Abyssus-V2-2Turut disertakan ialah empat butang yang boleh diprogramkan mengikut keperluan pengguna. Rekaan sisi tubuh diperbuat daripada getah bagi memudahkan genggaman ketika aksi genting. Versi Abyssus terkini ini memberikan peningkatan kepekaan yang sebelum ini terhad kepada 3500 DPI serta hanya tiga butang yang boleh diprogramkan. Tetikus ini dijual pada harga $49.99 (~RM 199) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd