Cari @ Amanz

Google telah sedia menawarkan sokongan penghantaran mesej bervideo untuk pengguna iOS sejak beberapa tahun lepas. Kini, fungsi sama turut hadir kepada pengguna Android melalui kemaskini Hangouts 11 untuk Android.

Google Hangouts

Melalui fungsi ini, kini anda boleh merakamkan video sama ada menggunakan kamera belakang atau hadapan, dan seterusnya menghantar video berkenaan kepada penerima. Buat masa ini, daripada percubaan kami, ia tidak membenarkan penghantaran video daripada galeri, membuatkan pengguna perlu merakamkan video ketika ingin menghantar mesej berkenaan.

Kemaskini baru ini sedang diperkenalkan oleh Google untuk para pengguna peranti Android bermula daripada hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd