Peratusan Penggunaan Android Marshmalllow Mencecah 13.3%

Peratusan Penggunaan Android Marshmalllow Mencecah 13.3%

Diterbitkan pada July 13, 2016 oleh .

Kita kini di bulan Julai dan penggunaan Android Marshmallow meningkat ke 13.3%. Ini peningkatan dari 10.1% bulan lalu. Android Lollipop kekal di tangga teratas dengan 35.1%, pengurangan dari 35.4% dari bulan Jun. Di tangga kedua masih lagi Kit Kat dengan 30.1% diikuti pula oleh Jelly Bean dengan 17.8%.

Peratusan-Google-Julai-2016-1Kesemua versi terdahulu Android ini menunjukkan penyusutan peratusan. Peratusan penggunaan Android Masih lagi boleh dikatakan rendah walaupun kita sudah tujuh bulan di dalam tahun 2016. Android Nougat akan dilancarkan secara rasmi sekitar bulan Oktober dan pada kadar sedia ada kadar penggunaan Marshmallow mungkin tidak mencecah 20% sebelum Nougat dilancarkan. Sebagai perbandingan penggunaan iOS9 kini sudah mencecah 84% sejak dilancarkan 16 September tahun lalu.


TIPS & ULASAN