Intel NUC Skull Canyon Kini Boleh Dipra-Tempah Di Malaysia – Berharga RM3599

Intel NUC Skull Canyon Kini Boleh Dipra-Tempah Di Malaysia – Berharga RM3599

Diterbitkan pada July 13, 2016 oleh .

Pada bulan Mac lepas, Intel telah memperkenalkan Intel NUC Skull Canyon yang hadir dengan cip Intel Core i7 dan sokongan Thunderbolt 3. Model untuk pasaran tempatan ini dipasarkan oleh SNS Network dan dipanggil sebagai Intel Skull Canyon Medusa.

Intel Skull Canyon

Seperti ramai sedia maklum, ini adalah model NUC yang berkuasa, hadir dengan cip Intel Core i7-6770HQ, sokongan grafik Intel Iris Pro, selain turut hadir bersama memori 8GB RAM dan ruangan storan 120GB SSD. Dari segi rekaan, ia adalah sama seperti model Skull Canyon asal – yang mana tampak sangat menarik dan semestinya diminati ramai pengguna.

Intel Skull Canyon Medusa turut hadir dengan sokongan Thunderbolt 3 bagi membolehkan pengguna menghubungkan beberapa peranti atau aksesori tambahan – sebagai contoh sokongan grafik luaran untuk kuasa tambahan, dan lain-lain.

Bagi anda yang berminat, anda boleh membuat pra-tempahan untuk Intel Skull Canyon Medusa ini melalui laman Gloo hari ini. Di Malaysia, ia dijual pada harga RM3599. Tarikh rasmi untuk penawarannya masih tidak diumumkan lagi buat masa ini.


TIPS & ULASAN