Carian
Nissan Serena 2017 Kenderaan Pertama Jepun Dengan Sistem Pemanduan Automatik
July 13, 2016 Effi Saharudin

Kenderaan dengan pemanduan automatik ialah fungsi wajib yang perlu wujud pada kenderaan masa hadapan. Buat masa ini hanya beberapa kenderaan menyokong fungsi ini seperti Tesla Model S. Nissan Serena 2017 ialah sebuah lagi kenderaan akan menawarkan fungsi menarik ini. Sistem ProPILOT yang digunakan membolehkan kenderaan memandu dengan sendiri di atas lebuhraya satu lorong.

Nissan Serena dengan sistem ProPILOT ini tidak mampu memotong kenderaan yang berada di dalam lorongnya. Ia hanya mengawal stereng ketika membelok, membrek dan tahap pendikit bagi mengekalkan kelajuan. Nissan berharap menjelang 2018 sistem ProPILOT akan menjadi maju dan mampu berfungsi mengawal kenderaan di lebuhraya pelbagai lorong. Menjelang 2020 pula ia diharapkan mampu memandu secara automatik sepenuhnya di jalan raya biasa tanpa sebarang input diperlukan dari pemilik.Nissan Serena dengan sistem ProPilot ini akan mula dijual di Jepun bermula Ogos hadapan.

ProPILOT Nissan 1

Komen