Apple Akan Memulakan Siri Realiti TV Mengenai Pembangun Aplikasi

Apple Akan Memulakan Siri Realiti TV Mengenai Pembangun Aplikasi

Diterbitkan pada July 13, 2016 oleh .

Apple telah diperkatakan akan hadir dengan siri realiti TV tersendiri sejak beberapa bulan lepas, dan kini, info awal mengenainya telah mula hadir secara rasmi. Siri realiti TV yang dibangunkan bersama oleh Apple ini akan memfokuskan kepada pembangunan aplikasi dan ia bakal dipanggil Planet of the Apps.

Planet of the Apps

Melalui siri realiti TV yang biasanya memakan masa beberapa episod ini, kita akan melihat mereka melalui pelbagai fasa dalam pembangunan aplikasi – dan juara akan dipilih berdasarkan kepada aplikasi terbaik, serta berpeluang mendapat suntikan dana sehingga $10 juta.

Memandangkan ia dibawakan oleh Apple, maka pembangunan aplikasi ini terhad kepada platform milik Apple sahaja, dan perlulah mempunyai alamat menetap di Amerika Syarikat.

Planet of the Apps ini akan diterbitkan oleh Propagate, dan mereka telah memulakan penerimaan penghantaran penyertaan daripada para pembangun melalui laman web mereka.


TIPS & ULASAN