Cari @ Amanz

Berbasikal ialah senaman yang baik bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan. Tidak seperti berlari, lutut pengguna basikal tidak mengalami tekanan yang tinggi. Tetapi berbasikal boleh mengakibatkan kesakitan pada bahagian punggung. Oleh sebab itu basikal Lopifit ialah membolehkan anda menikmati basikal dan berjalan kaki pada waktu yang sama.

Lopifit 2Lopifit “dikayuh” dengan berjalan kaki. Sistem threadmill pada lantai Lopifit akan mengesan pergerakan kaki pengguna dan basikal akan bergerak seperti biasa. Basikal ini dilengkapi motor elektrik yang menggandakan pergerakan pejalan kaki pengguna sekaligus membolehkan ia bergerak dengan pantas sehingga 25 kilometer sejam. Dengan sekali caj Lopifit boleh digunakan sehingga 55 Kilometer. Ia dilengkapi enam gear bagi memudahkan “penunggang” mengawal kelajuan dan mendaki kawasan berbukit. Sistem lampu brek LED turut disertakan bagi memudahkan pengguna jalan raya yang lain.

Lopifit telah wujud sejak 2014 tetapi hanya sekarang mula dijual di luar negara Belanda. Berita buruk di sini ialah basikal santai ini dijual pada harga bermula €1899 (~RM 8332) dan amat tidak mampu milik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd