Xiaomi Mengurangkan Harga Xiaomi Mi 4i Kepada RM599

Xiaomi Mengurangkan Harga Xiaomi Mi 4i Kepada RM599

Diterbitkan pada July 14, 2016 oleh .

Xiaomi Malaysia telah melancarkan Xiaomi Mi 4i pada bulan Mei 2015 yang lepas. Ketika pelancaran, Xiaomi Mi 4i telah dijual pada harga RM749. Kini, selang setahun lebih, Xiaomi dilihat ingin menghabiskan stok peranti mereka, dan kini menawarkan ia pada harga serendah RM599.

Xiaomi Mi4i

Xiaomi Mi4i

Xiaomi Mi 4i merupakan telefon pintar dengan skrin 5-inci, cip pemprosesan Snapdragon 615 generasi kedua, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel dan bateri berkapasiti 3120mAh.

Pada hari ini, peranti Xiaomi Mi 4i ini ditawarkan pada harga RM599 untuk model 16GB, dan RM899 untuk model 32GB. Seperti biasa, Xiaomi menjualnya melalui laman web rasmi mereka, dan hadir dalam dua warna iaitu kelabu dan putih.

Beli : Xiaomi Mi 4i


TIPS & ULASAN