Xiaomi Memperkenalkan Penghalau Nyamuk Pada Harga RM16

Xiaomi Memperkenalkan Penghalau Nyamuk Pada Harga RM16

Diterbitkan pada July 14, 2016 oleh .

Xiaomi sedia menawarkan sejumlah peralatan elektronik berbeza dibawah jenama mereka, dan paling terkini mereka telah memperkenalkan sebuah penghalau nyamuk elektronik pada harga yang sangat rendah, iaitu sekitar RM16.

Xiaomi Mi NyamukPenghalau nyamuk elektronik ini boleh dibawah kemana-mana dengan mudah, selain turut menggunakan port berasaskan mikro-USB yang membolehkan ia digunakan bersama-sama powerbank ketika anda berkhemah diluar.

Menurut Xiaomi, powerbank 10,000mAh daripada mereka boleh menjana penghalau nyamuk ini sekitar 15.7 jam lamanya secara berterusan. Ia beroperasi dengan memerlukan pengguna memasukkan ubat nyamuk kedalamnya, dan seterusnya menghubungkan powerbank padanya.

Buat masa ini, penghalau nyamuk ini hanya ditawarkan untuk pasaran China sahaja – seperti pelbagai peralatan elektronik Xiaomi yang lain.


TIPS & ULASAN