Michael Kuehner Dipilih Sebagai CEO Baru Celcom – Shazalli Beralih Untuk Pengurusan Rantau Asia Tenggara

Michael Kuehner Dipilih Sebagai CEO Baru Celcom – Shazalli Beralih Untuk Pengurusan Rantau Asia Tenggara

Diterbitkan pada July 14, 2016 oleh .

Celcom Axiata Berhad, hari ini telah membuat pengumuman berkaitan perubahan pada bahagian pentadbiran mereka. Melalui perubahan yang dilakukan, kini Datuk Seri Shazalli Ramly akan beralih daripada tugas CEO Celcom kepada Axiata Group – dan akan memantau operasi syarikat berkenaan di Asia Tenggara.

Shazalli Ramly

Sementara untuk Celcom, kini CEO baru dipilih, iaitu Michael Kuehner. Beliau sebelum ini merupakan CEO untuk Robi, iaitu syarikat Axiata di Bangladesh.

Dengan perubahan ini juga, beberapa penukaran akan dilakukan pada bahagian eksekutif Celcom. Celcom juga dijangka akan memfokuskan lebih kepada transformasi sebagai syarikat penyedia perkhidmatan digital melalui perubahan pentadbiran ini.


TIPS & ULASAN