Cari @ Amanz

Nama Nintendo menjadi sebutan ramai akhir-akhir ini sejak pengenalan permainan Pokemon Go minggu lepas di beberapa buah negara. Hari ini, mereka mencuri perhatian lagi sekali dengan mengumumkan NES Classic Edition. Melalui konsol bersaiz kecil ini, ia membawakan rekaan seumpama NES tetapi pada saiz yang lebih kompak, serta menyertakan lebih kurang 30 permainan secara terbina padanya.

Nintendo Classic Edition

Antara permainan yang hadir adalah termasuk Donkey Kong, Final Fantasy, Super Mario Bros, The Legend of Zelda, dan sejumlah permainan popular yang lain.

NES Classic Edition ini dihubungkan ke kaca televisyen melalui kabel HDMI, selain pengguna boleh mengawal permainan menggunakan alat kawalan NES Classic Controller.

Nintendo akan menjualnya di Amerika pada harga $59.99 (~RM235) bermula bulan November 2016 ini. Pada harganya, ia tidak mustahil menjadi salah satu konsol bersaiz kompak yang popular, sekaligus membolehkan ramai memainkan kembali permainan nostalgia yang digemari ramai ini.

NES Classic Edition

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd