Anda Boleh Membeli Durian Melalui Aplikasi Grab Pada Hari Sabtu Ini – 16 Julai

Anda Boleh Membeli Durian Melalui Aplikasi Grab Pada Hari Sabtu Ini – 16 Julai

Diterbitkan pada July 14, 2016 oleh .

Grab merupakan salah satu perkhidmatan tempahan kenderaan yang popular dikalangan pengguna tempatan – digunakan untuk membuat tempahan pemanduan dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Disamping perkhidmatan utama mereka, Grab juga sering hadir dengan promosi-promosi terhad yang lain.

GrabDurian

Terkini, bersempena dengan musim durian, Grab hadir dengan promosi yang dinamakan sebagai GrabDurian untuk sehari – iaitu pada 16 Julai 2016 ini.

Menggunakan aplikasi Grab, pengguna akan diperlihatkan dengan sebuah ikon baru, iaitu GrabDurian. Dengan membuat pemilihannya, pengguna boleh membuat pembelian sebiji durian pada harga RM10. Untuk promosi ini, Grab hanya menerima pembayaran melalui kad kredit atau debit sahaja – serta terhad untuk tempahan di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Grab mengatakan penghantaran akan dilakukan dalam tempoh sejam daripada masa tempahan – dan penawaran GrabDurian ini adalah terhad.


TIPS & ULASAN