Carian
Facebook Mengintegrasikan Sokongan Instant Articles Di Dalam Messenger
July 15, 2016 Aman

Facebook telah memperkenalkan sokongan Instant Articles tidak lama sebelum ini pada laman sosial mereka, membolehkan pengguna mengakses sesuatu artikel dengan sehingga 10 kali ganda pantas berbanding membukanya menggunakan pelayar web biasa. Kini, bergerak kehadapan, Facebook turut telah mengintegrasikan sokongan Instant Articles ke dalam perkhidmatan permesejan mereka.

Facebook Instant Articles

Bagi anda yang menggunakan Facebook Messenger, apabila anda atau rakan-rakan berkongsi pautan daripada web yang telah mengaktifkan fungsi Instant Articles (sebagai contoh dari Amanz), pautan berkenaan secara automatik akan dikenal-pasti dan akan dipaparkan dalam bentuk Instant Articles.

Perkara ini sekaligus memudahkan pengguna untuk membaca artikel tanpa perlu meninggalkan aplikasi Messenger – disamping tidak menggunakan data yang banyak seperti membuka pautan pada pelayar web.

Sokongan ini akan diperkenalkan pada Android terlebih dahulu, dan akan hadir ke platform iOS dalam beberapa minggu lagi.

Komen