Hampir Kesemua Permainan PlayStation VR Menyokong Penggunaan DualShock 4

Hampir Kesemua Permainan PlayStation VR Menyokong Penggunaan DualShock 4

Diterbitkan pada July 15, 2016 oleh .

Di E3 bulan lalu Sony membuka reruai khas yang besar hanya untuk PlayStation VR. Terdapat puluhan demo permainan boleh dicuba tetapi malang bagi kami slot yang terhad membuatkan kami hanya mampu melopong melihat pengguna lain memainkannya. Apa yang kami rasakan menarik ialah tidak semua permainan memerlukan DualShock 4. Batman Arkham VR sebagai contoh dikawal menggunakan Move Controller. Permainan Here They Lie pula dikawal menggunakan DualShock 4.

PlayStation-VR-game

Kemas Kini – Sony mengeluarkan kenyataan baru yang menidakkan kenyataan asal yang dikeluarkan mereka. Di dalam kenyataan baru ini Sony mengatakan hampir kesemua permainan PSVR akan menyokong DualShock 4. Permainan seperti Job Simulator misalnya hanya boleh dimainkan menggunakan Move Controller dan mustahil dikawal dengan DS4.

Persoalan di kepala mereka yang berminat membeli PSVR ialah adakah mereka perlu membeli Move Controller untuk memainkan Batman Arkham VR? Sony hari ini mengesahkan kesemua permainan PSVR boleh dimainkan dengan menggunakan DualShock 4.

Tetapi mereka menegaskan untuk menyelami permainan realiti maya dengan lebih realistik, pengguna digalakkan membeli Move Controller. Pengawal realiti maya ini dijual berasingan dari PSVR. Pada kotak permainan PSVR, Sony akan meletakkan pelekat bagi memberitahu pengguna permainan manakah memerlukan Move Controller. Ini diharap akan mengurangkan kekeliruan di kalangan pembeli.

 


TIPS & ULASAN