Huawei Maimang 5 Dilancarkan Di China – Model Pengganti G8

Huawei Maimang 5 Dilancarkan Di China – Model Pengganti G8

Diterbitkan pada July 15, 2016 oleh .

Huawei Maimang 5 dilancarkan di China semalam dan ianya sebuah lagi peranti berkelas pertengahan dari Huawei. Ia diperbuat daripada logam dengan pengimbas cap jari pada bahagian belakang. Skrin sebesar 5.5″ IPS LCD HD Penuh dipadankan dengan pemproses Snapdragon 652, RAM 3/4 Gigabyte dan storan 32/64 Gigabyte. Kemampuan kamera pula ialah kamera belakang 16 Megapixel dengan sokongan OIS dan pemfokusan PDAF. Kamera utama ini mampu merakam pada resolusi 4K. Kamera hadapan puala ialah sebesar 8 Megapixel.

Huawei-G9-Maimang-5-1Bateri sebesar 3340 mAh disertakan. Peranti ini menggunakan Android Marshmallow dengan pelancar EMUI 4.1. Terdapat tiga pilihan warna iaitu emas, perak dan merah jambu. Model dengan RAM 4 Gigabyte dijual pada harga RMB 2599 (~RM 1538). Di Malaysia Huawei Maimang 4 dijual sebagai Huawei G8 maka bolehlah diandaikan Maimang 5 akan dijenamakan semula sebagai G9 sekiranya ia memasuki pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN