Asus Hadir Dengan Variasi Zenfone 3 Laser Dan Juga Zenfone 3 Max

Asus Hadir Dengan Variasi Zenfone 3 Laser Dan Juga Zenfone 3 Max

Diterbitkan pada July 15, 2016 oleh .

Asus pada Computex 2016 pada bulan Jun lepas telah mencuri perhatian ramai dengan memperkenalkan keluarga telefon Zenfone 3, dan hadir dengan tiga variasi peranti dibawahnya, iaitu Zenfone 3 Deluxe, Zenfone 3 dan juga Zenfone 3 Ultra. Kini, mereka menambah dua lagi penawaran seperti Zenfone sebelum ini, iaitu Zenfone 3 Laser dan juga Zenfone 3 Max.

Asus Zenfone 3 Laser memfokuskan kepada keupayaan memfokuskan gambar dengan pantas bagi membolehkan anda merakamkan gambar tanpa terlepas sebarang detik penting.

Asus Zenfone 3 Laser

Dari segi spesifikasi, Asus Zenfone 3 Laser menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci, rekaan kerangka berasaskan logam dan penggunaan kaca 2.5D, kamera belakang 13-megapixel dengan sokongan auto-fokus sepantas 0.03 saat, memori 4GB RAM dan ruangan storan 32GB. Peranti ini turut hadir dengan sokongan pengimbas cap jari pada bahagian belakang.

Asus Zenfone 3 Max pula memfokuskan kepada penawaran bateri bersaiz besar bagi membolehkan pengguna menggunakannya untuk tempoh masa yang lama.

Asus Zenfone 3 Max

Asus Zenfone 3 Max hadir dengan skrin 5.2-inci dengan rekaan logam dan kaca 2.5D, memori 3GB RAM dan ruangan storan 32GB. Peranti ini hadir dengan bateri berkapasiti 4100mAh yang turut menyokong pengecasan berbalik bagi digunakan sebagai powerbank. Ia turut menyertakan pengimbas cap jari dibelakang.

Buat masa ini, Asus hanya melancarkannya secara rasmi di Vietnam, dan maklumat penuh mengenai peranti ini masih tidak diketahui lagi.


TIPS & ULASAN