Menggunakan Dron Untuk Merakam Di Putrajaya Kini Memerlukan Kebenaran

Menggunakan Dron Untuk Merakam Di Putrajaya Kini Memerlukan Kebenaran

Diterbitkan pada July 15, 2016 oleh .

Dron telah menjadi salah satu permainan dan peralatan elektronik yang digunakan ramai akhir-akhir ini – sama ada cuma untuk menerbangkannya sahaja ataupun untuk merakamkan gambar dari udara dengan cantik melaluinya. Beberapa kawasan sedia diharamkan penggunaan dron kerana boleh membahayakan – sebagai contoh sekitar lapangan terbang.

Dron

Kini, Perbadanan Putrajaya melalui laman Facebook turut mengatakan sebarang aktiviti melibatkan penerbangan dron di Putrajaya perlu mendapatkan kelulusan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA). Disamping itu, surat kelulusan CGSO juga diperlukan kerana kawasan Putrajaya tertakluk dibawah Kawasan Sasaran Penting Malaysia.

Daripada pertanyaan lanjut kami berkaitan dengannya kepada pihak Putrajaya, mereka mengatakan kini ia lebih memfokuskan kepada rakaman menggunakan dron di beberapa kawasan penting Putrajaya. Pihak Putrajaya turut memberikan saranan supaya memainkannya dikawasan seperti Taman Wetland Putrajaya. Pengguna boleh menghubungi pihak Putrajaya melalui talian 03 8000 8000 untuk menyemak kawasan yang terlibat.


TIPS & ULASAN