Sony Menamatkan Program Xperia Beta

Diterbitkan pada July 15, 2016 oleh .

Sony sebelum ini telah memulakan program Xperia Beta dibeberapa buah negara, membolehkan para pengguna menguji terlebih dahulu sesuatu firmware sebelum ia dilancarkan kepada umum. Ia pada awalnya hanya diperkenalkan untuk pengguna Xperia Z2 dan Xperia Z3 sahaja.

Kini, selepas beberapa fasa program Xperia Beta, Sony nampaknya tiada perancangan untuk memperkenalkan firmware berbentuk beta lagi, dan akan menamatkan program berkenaan.

Untuk mereka yang telah menyertai program ini, Sony akan menawarkan sebuah kemaskini dalam beberapa minggu lagi yang mana merupakan pengenalan firmware berbentuk komersial.

TIPS & ULASAN