Google Hangouts Kini Membolehkan Anda Jemput Rakan Sertai Perbualan Kumpulan Melalui Pautan

Google Hangouts Kini Membolehkan Anda Jemput Rakan Sertai Perbualan Kumpulan Melalui Pautan

Diterbitkan pada July 15, 2016 oleh .

Google Hangouts merupakan salah satu perkhidmatan permesejan yang disediakan oleh Google dan hadir terbina pada kebanyakkan telefon pintar Android dipasaran. Ia boleh dikatakan jarang digunakan pengguna, tetapi masih mempunyai peminatnya tersendiri, dan Google juga agak aktif menambah beberapa fungsi baru.

Paling terkini, Google telah menambah kebolehan untuk pengguna menjemput rakan-rakan lain melalui pautan untuk menyertai perbualan berkumpulan. Sebelum ini, kebiasaannya, pentadbir perlu menambah ahli dalamnya secara manual dan boleh dikatakan ia merupakan salah satu proses yang agak memakan masa.

Google Hangouts

Pengenalan perkongsian pautan ini boleh dikatakan memudahkan proses berkenaan. Pengguna yang berminat boleh menyertai sesuatu kumpulan dengan hanya menekan pada pautan berkenaan dan mula berbual dengan rakan-rakan lain dalam kumpulan serta-merta.

Kemaskini baru ini hadir pada Google Hangouts di Android, dan boleh digunakan semua pengguna pada hari ini.


TIPS & ULASAN