Seagate Dan Western Digital Menghentikan Operasi Di P Pinang – 3000 Bakal Kehilangan Kerja

Seagate Dan Western Digital Menghentikan Operasi Di P Pinang – 3000 Bakal Kehilangan Kerja

Diterbitkan pada July 15, 2016 oleh .

Antara perkara membanggakan kami semasa baru belajar memasang PC hampir dua dekad yang lalu ialah melihat komponen yang dibuat di Malaysia. Cip pemproses Intel dan cakera keras Seagate terpampang ayat “Made in Malaysia”. Hari ini dua komponen yang biasa digunakan di dalam PC tidak akan lagi dibuat di Malaysia. Seagate dan Western Digital akan menghentikan operasi mereka di Pulau Pinang.

Western Digital

Seagate akan menutup kilang mereka di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. Kilang baru akan dibuka di Korat Thailand. Penutupan secara beransur-ansur ini akan mengakibatkan 3000 pekerja kehilangan mata pencarian. Sementara itu Western Digital turut menutup operasi di Pulau Pinang dengan 400 pekerja tempatan dan 800 pekerja asing kehilangan kerja. Mereka juga memindahkan operasi ke Thailand. Buat masa ini hanya kilang Western Digital di Senai akan dikekalkan.Seagate telah beroperasi di pulau mutiara sejak 1988. Penutupan operasi mereka ini pastinya akan mendatangkan impak ke atas penduduk Pulau Pinang.


TIPS & ULASAN