Google Pernah Membangunkan Pesaing Oculus Dan HTC Vive – Tetapi Telah Membatalkannya

Google Pernah Membangunkan Pesaing Oculus Dan HTC Vive – Tetapi Telah Membatalkannya

Diterbitkan pada July 16, 2016 oleh .

Google merupakan antara yang terawal hadir dengan penawaran set realiti-maya – iaitu melalui Google Cardboard. Penawaran tersebut juga turut menjadi titik tolak untuk ramai pengguna, memandangkan kos untuk Cardboard yang rendah selain memberikan pengalaman kepada ramai untuk mencuba teknologi paparan realiti-maya.

Selain daripada Cardboard, Google turut kini dilaporkan pernah membangunkan projek dalaman untuk hadir dengan set realiti-maya berspesifikasi tinggi yang beroperasi sendiri – lebih kurang seperti Oculus daripada Facebook atau Vive daripada HTC.

Google Cardboard

Namun, projek berkenaan dilaporkan telah pun dibatalkan oleh Google. Projek ini sebelumnya dikatakan telah dibangunkan oleh makmal Google X, serta menggunakan sistem operasi khusus untuknya dan bukannya berasaskan kepada Android.

Langkah pembatalan ini dilakukan dalam usaha untuk Google lebih memfokuskan kepada mobile VR, dan pada masa yang sama mengintegrasikan segalanya di dalam Android.

Daydream

Daydream

Pada Google I/O yang lepas, Google telah mengumumkan DayDream serta memperlihatkan set realiti-maya konsep mereka – sekaligus menunjukkan sasaran mereka dalam meliputi pasaran realiti-maya yang lebih menyeluruh dengan kerjasama beberapa pengeluar peranti Android sedia ada.


TIPS & ULASAN