Cari @ Amanz

Mempunyai kuota data yang banyak merupakan idaman setiap penagih internet tegar. Tanpa kuota data yang banyak, sudah tentu tidak banyak perkara yang melibatkan penggunaan internet dapat dilakukan. U Mobile baru sahaja mengumumkan pelan Hero P98 yang membawakan sehingga 30GB kuota internet dan ini semestinya menggembirakan pengguna pelan tersebut. Berikut merupakan kelebihan yang sudah tentunya dapat dirasai apabila menggunakan pelan Hero P98 ini.

Tidak Perlu Risau Akan Penggunaan Data

Penggunaan Data

Tidak lama dahulu, penawaran data dari mana sahaja syarikat telekomunikasi adalah terhad, dan memaksa pengguna berjimat cermat dalam penggunaan kuota data. Pengguna sentiasa berwaspada akan penggunaan internet dan mungkin menggunakan aplikasi tertentu bagi menghadkan penggunaan data. Hal ini semestinya tidak disukai pengguna kerana dihantui perkara ini namun dengan kuota data 30GB, pengguna tidak lagi dihantui perkara ini dan tidak akan risau menggunakan data sepanjang hari.

Tidak Mengorbankan Pengalaman Menggunakan Internet Dengan Penuh

Screenshot_20160720-125733-side

Kadangkala, fungsi auto-main video yang terdapat pada Instagram, Twitter, mahupun Facebook merupakan satu faktor yang menggunakan internet secara automatik. Di Twitter, sesetengah gambar akan dimuatkan secara automatik. Perkara ini sebenarnya menambahkan pengalaman melayari laman-laman berkenaan. Jika anda mempunyai kuota data internet yang terhad, sudah pasti anda terpaksa menutup kesemua fungsi auto-main sekaligus mengorbankan pengalaman melayari internet anda. Ini tidak akan berlaku sekiranya anda melanggan pelan Hero P98 dari U Mobile.

Tidak Perlu Menunggu Kerana Keterlambatan Kelajuan Internet

slow-internet

Salah satu tips yang popular bagi mengelakkan kehabisan internet dengan pantas adalah dengan mengurangkan kelajuan internet pada peranti anda. Hal ini dapat dilakukan dengan menetapkan sambungan dari 4G atau LTE, kepada 3G atau 2G. Namun apabila pengguna melakukan tetapan ini, sekaligus membuatkan mereka terpaksa menunggu untuk menonton video. Duit boleh dicari namun masa yang digunakan bagi menunggu untuk menonton video kucing kegemaran di internet itu tidak dapat dikembalikan. Masa itu emas, kenapa perlu menunggu apabila kesemua kuota data 30GB yang ditawarkan menerusi pelan Hero P98 merupakan data berkelajuan tinggi. Anda hanya perlu mencari telefon yang menyokong capaian internet berkelajuan tinggi.

Tidak Perlu Membayar Untuk Penggunaan Data Tambahan

Duit

Salah satu sebab paling utama yang menyebabkan pengguna berwaspada akan penggunaan internet, sanggup mengorbankan pengalaman melayari internet dan sanggup menggunakan internet perlahan adalah mereka perlu membeli kuota internet tambahan sekiranya kehabisan data internet. Faktor inilah yang menyebabkan pengguna melakukan ketiga-tiga perkara diatas bagi mengelak mengeluarkan lebih wang ringgit namun untuk kuota data yang tidak seberapa, lebih-lebih lagi pada masa kini. Mengapa perlu bayar lebih sekiranya pada harga RM 98, pengguna boleh menggunakan data sebanyak 30GB lebih-lebih lagi disertai panggilan percuma dan penstriman video percuma yang tidak menggunakan kuota data tersebut. Berkemungkinan besar pengguna tidak perlu membeli tambahan data dengan 30GB.

Strim Video Tanpa Had

UMobile Video-Onz

Seperti yang disebutkan tadi, apalah gunanya mempunyai kuota data internet, namun tidak mempunyai kelebihan berbanding pesaing lain. U Mobile telah memperkenalkan fungsi Video-Onz, dimana penstriman video dari perkhidmatan popular tidak akan menggunakan kuota data pengguna. Pengguna boleh menonton video dari pelbagai perkhidmatan seperti YouTube, Tonton, HyppTV, iFlix dan pelbagai lagi serta yang terbaru, Crunchyroll sekiranya anda peminat rancangan anime.


Anda boleh mendapatkan pelan Hero P98 pada harga langganan RM 98 sebulan di cawangan U Mobile berhampiran. Dengan kuota data sebanyak 30GB, serta panggilan tanpa had dan fungsi Video-Onz yang tidak menggunakan kuota data sedia ada apabila menonton video dari perkhidmatan popular, pelan ini semestinya antara penawaran terbaik yang terdapat di pasaran.

Penafian: Advertorial dari U Mobile


© 2024 Amanz Media Sdn Bhd