Cari @ Amanz

Permainan bersempena dengan sesuatu filem kini telah menjadi salah satu tradisi dalam mempromosikan sesuatu filem. Terkini, Warner Bros telah melancarkan sebuah permainan untuk peranti Android dan iOS bersempena dengan filem akan datang mereka, Suicide Squad.

Suicide Squad

Permainan Suicide Squad : Special Ops ini ditawarkan secara percuma, dan membawakan bentuk permainan pandangan pertama. Pemain boleh memilih watak yang digemari daripada tiga pilihan – iaitu sama ada Harley Quinn yang menggunakan pistol atau kayu baseball, Deadshot yang menggunakan senapang, ataupun Diablo yang menggunakan serang berasaskan api.

Daripada pengamatan kami, watak Deadshot menjadi lebih menarik untuk dikawal berbanding dengan watak lain. Salah satu perkara yang mungkin mendukacitakan ramai adalah hanya tiga watak diberikan untuk dimainkan, sementara watak-watak lain daripada filem berkenaan tidak disertakan pada permainan ini.

Bagi anda yang mengemari genre permainan berbentuk tembak-menembak dan meminati filem Suicide Squad, mungkin boleh memuat-turun dan memainkan permainan ini pada telefon pintar atau tablet anda hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd