Cari @ Amanz

Trilogi permainan Batman Arkham oleh Rocksteady ialah antara yang terbaik pernah dihasilkan. Buat pertama kalinya pemain dapat menjadi Batman sebenar dengan pelbagai gajet boleh digunakan bagi mengalahkan penjahat di Gotham. Ketiga-tiga permainan ini kami kategorikan sebagai wajib beli kepada mereka yang meminati watak Batman. Dengan Batman: Arkham Underworld, anda kini boleh memenuhi fantasi menjadi penjahat di Gotham pula.

Batman-Arkham-Undergound-1Permainan peranti pintar ini boleh dimuat turun oleh pemilik peranti iOS secara percuma. Arkham Underworld mengingatkan kami kepada permainan Dungeon Keeper yang popular lebih sedekad yang lalu. Sebagai penjahat anda perlu membina markas bawah tanah dan melatih tentera peribadi bagi mengalahkan Batman. Terdapat juga mod PVP di mana anda boleh mencabar pemain lain bagi menunjukkan siapakah raja sebenar dunia kongsi gelap. Pengguna perlu menggunakan iOS 8 ke atas untuk memuat turun. Peranti yang disokong pula ialah iPhone 5, iPad Mini 2 atau iPad generasi ke-tiga dan ke atas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd