Cari @ Amanz

Selain perkembangan arena realiti-maya, satu lagi perkara yang turut menjadi sebutan ramai adalah arena Augmented Reality. Terkini, lanjutan daripada laporan mengatakan Google telah membatalkan pembangunan pesaing untuk Oculus dan HTC Vive, kini laporan lanjutan hadir mengatakan Google sedang membangunkan peranti yang menggabungkan teknologi VR dan juga AR.

Google Cardboard

Untuk makluman, sebelum ini Microsoft telah hadir dengan peranti seumpamanya yang dipanggil sebagai HoloLens. Daripada maklumbalas awal, ramai pengguna yang menyukai konsep berkenaan dan menantikan ia – apatah lagi dengan populariti permainan Pokemon Go yang mengambil penggunaan AR dalam permainan akhir-akhir ini.

Berbalik kepada perancangan Google ini, ia dilaporkan set yang menggabungkan VR dan AR ini akan beroperasi secara bebas daripada sebarang komputer atau telefon – dan akan mempunyai skrin terbina terus padanya. Ia juga bukan sekadar memfokuskan kepada sokongan permainan semata-mata tetapi menawarkan lebih daripada itu.

Disamping projek ini, Google juga masih aktif dalam pembangunan arena realiti-maya melalui projek DayDream mereka yang berasaskan kepada Android.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd