Windows 10 Berubah Kepada Perkhidmatan Bayaran Bulanan Untuk Pemilik Perniagaan

Windows 10 Berubah Kepada Perkhidmatan Bayaran Bulanan Untuk Pemilik Perniagaan

Diterbitkan pada July 18, 2016 oleh .

Windows 10 mula ditawarkan tahun lalu sebagai kemas kini percuma kepada semua pengguna. Reaksi pengguna bercampur baur dengan ada pemilik perniagaan yang tidak berpuas hati kerana dipaksa mengemas kini tanpa kebenaran. Di dalam kes di Amerika Syarikat, Microsoft membayar pampasan $10000 kepada pemilik perniagaan yang kehilangan bisnes kerana komputer gagal berfungsi selepas kemas kini ke Windows 10. Berita hari ini pastinya akan menimbulkan kemarahan lagi di kalangan pemilik perniagaan.

Windows-10-Enterprise-CE-1Mulai musim luruh ini Microsoft akan menawarkan Windows 10 Enterprise E3. Pengguna versi ini perlu membayar yuran $7 (~RM 28) sebulan untuk setiap PC yang digunakan di pejabat mereka. Pembelian lesen tahunan seperti yang ditawarkan sebelum ini akan dihentikan. Menerusi langganan bulanan pemilik perniagaan akan menerima kemas kini sekuriti dengan kerap bagi memastikan keselamatan data di dalam komputer milik mereka. Buat masa ini Microsoft tidak mempunyai perancangan mengenakan model langganan bulanan kepada pengguna biasa. Windows 10 kini sudah digunakan oleh 270 Juta komputer seluruh dunia. Dengan bayaran bulanan sistem operasi ini sudah berubah kepada model software as a service seperti yang dilakukan oleh Adobe.


TIPS & ULASAN