Peranti Xiaomi Dengan Versi MIUI Sebelum 7.2 Terdedah Kepada Serangan Daripada Pengodam

Peranti Xiaomi Dengan Versi MIUI Sebelum 7.2 Terdedah Kepada Serangan Daripada Pengodam

Diterbitkan pada July 18, 2016 oleh .

Perkembangan teknologi turut membawa kepada pelbagai kerentanan ditemui dengan lebih mudah. Terkini, salah seorang pengkaji di IBM telah mendapati jutaan peranti Xiaomi yang berasaskan kepada versi MIUI sebelum MIUI 7.2 terdedah kepada kerentanan yang membolehkan pengodam mengodam peranti mereka.

Melalui kerentanan ini, ia membolehkan pengodam dengan akses rangkaian – sebagai contoh melalui rangkaian WiFi yang dikongsi di kedai atau pejabat – untuk memasang sebarang perisian atau aplikasi berbahaya pada peranti pengguna.

Masalah ini dilihat telah diatasi oleh pihak Xiaomi melalui versi MIUI 7.2. Pengguna yang menggunakan sistem operasi Android yang telah diubah-suai oleh Xiaomi ini dinasihatkan untuk mengemaskini peranti mereka kepada versi MIUI 7.2 dan terkini, sekaligus mengelakkan diri daripada menjadi mangsa pihak ketiga. Apatah lagi pada hari ini pelbagai data peribadi yang disimpan pada peranti pengguna.


TIPS & ULASAN