(Ura-Ura) Spesifikasi Xiaomi Mi Notebook Tertiris

(Ura-Ura) Spesifikasi Xiaomi Mi Notebook Tertiris

Diterbitkan pada July 18, 2016 oleh .

Xiaomi ialah sebuah syarikat yang memulakan hidup sebagai pengeluar peranti pintar. Kini mereka sudah memasuki arena penghasilan televisyen pintar, kenderaan elektrik, peralatan dapur, basikal, penapis air dan juga router. Kini mereka memasuki arena penghasilan komputer riba pula. Ura-ura kewujudan Xiaomi Mi Notebook sudah didengari sejak tahun lalu. Gambar serta spesifikasi yang dikatakan komputer riba ini tertiris ke arena web hujung minggu lalu.

Mi-Notebook-Spesifikasi 2Ia kelihatan seperti sebuah Apple MacBook dan bakal diperkasakan pemproses Intel Core i7-6500U dan RAM sebesar 8 Gigabyte. Terdapat dua pilihan saiz skrin iaitu 11″ dan 13″ dengan resolusi HD penuh. Seperti MacBook, Mi Notebook akan menggunakan sistem pengecasan USB-C. Sistem operasi Windows 10 64 bit akan disertakan sekali. Xiaomi Mi Notebook dikatakan akan dilancarkan di dalam acara yang bakal berlangsung 27 Julai hadapan. Beberapa tahun lalu Xiaomi merombak landskap peranti mudah alih dengan peranti pintar mampu milik. Adakah dengan Mi Notebook mereka akan melakukan perkara yang sama kepada landskap komputer riba? Hanya masa akan menentukan dan bergantung kepada harga jualan yang bakal ditetapkan.

Mi-Notebook-Spesifikasi 1


TIPS & ULASAN