Softbank Dilaporkan Ingin Membeli Syarikat Pereka Cip Terkemuka, ARM

Softbank Dilaporkan Ingin Membeli Syarikat Pereka Cip Terkemuka, ARM

Diterbitkan pada July 18, 2016 oleh .

ARM merupakan syarikat yang memfokuskan kepada mereka-bentuk cip dan bukannya mengeluarkan ia. Rekaan cip daripada ARM digunakan secara meluas pada pelbagai peranti mudah-alih pada hari ini – termasuk dilesenkan oleh pengeluar seperti Samsung, Apple, Qualcomm dan sebagainya. Tahun lepas sahaja, sebanyak 15 juta cip berasaskan kepada rekaannya telah dikeluarkan. Disamping pada peranti mudah-alih, ARM juga turut mengeluarkan rekaan untuk peranti-berhubung (IOT) dan juga peralatan rangkaian.

Terkini, ia dilaporkan SoftBank ingin mendapatkan ARM pada nilai sekitar $31 bilion. Bagi yang tidak mengenali akan SoftBank, ia merupakan salah satu pelabur terkenal dalam arena teknologi. Mereka sedia melabur dalam sejumlah syarikat, termasuk pada GrabTaxi, Alibaba, dan sebelum ini pada Supercell. Mereka juga turut mempunyai kerjasama dengan Yahoo!, dan antara syarikat gergasi terbesar di Jepun.

Pengambil-alihan ARM oleh Softbank akan terus mengukuhkan dan mempelbagaikan lagi portfolio syarikat dibawah mereka. Pengumuman berkaitan dengan pengambil-alihan ini dikatakan mungkin hadir seawal minggu ini.


TIPS & ULASAN