Oppo Memulakan Bidaan Kebajikan Bagi Peranti Edisi FC Barcelona Yang Ditandatangani

Oppo Memulakan Bidaan Kebajikan Bagi Peranti Edisi FC Barcelona Yang Ditandatangani

Diterbitkan pada July 18, 2016 oleh .

Oppo Malaysia bakal menawarkan telefon pintar Oppo F1 Plus edisi khusus FC Barcelona tidak lama lagi. Kini, bersempena dengannya, dan khusus untuk kebajikan, Oppo Malaysia telah memulakan bidaan untuk sebuah peranti edisi khas Oppo F1 Plus FC Barcelona yang ditanda-tangani pemain kelab berkenaan.

Dari segi spesifikasi, peranti ini menawarkan spesifikasi serupa Oppo F1 Plus – termasuk menyertakan kamera selfie 16-megapixel pada bahagian hadapan. Ia menggunakan rekaan berwarna biru dan merah, serta hadir dengan beberapa kandungan khusus dari kelab bola sepak berkenaan.

Oppo F1 Plus Limited Edition

Sebanyak tiga tanda-tangan pemain disertakan pada bahagian belakang peranti berkenaan, iaitu oleh Messi, Neymar dan juga Suarez.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, boleh membuat bidaan melalui laman GemFive antara hari ini sehingga 20 Julai 2016 kelak. Ketika artikel ini ditulis, nilai bidaan telah pun mencapai RM3778 – daripada harga permulaan RM2098. Nilai terakhir bidaan kelak akan disumbangkan kepada “30 Hour Famine”.

Bida : Oppo F1 Plus FC Barcelona di GemFive


TIPS & ULASAN