CTRL-F Membolehkan Anda Mengimbas Dokumen Fizikal Dan Mencari Teks Yang Dikehendaki

CTRL-F Membolehkan Anda Mengimbas Dokumen Fizikal Dan Mencari Teks Yang Dikehendaki

Diterbitkan pada July 18, 2016 oleh .

Ada kalanya anda ingin mencari sesuatu teks secara manual pada dokumen bercetak ataupun pada buku. Tugas ini kadang-kala boleh mengambil waktu yang sedikit lama. Untuk mengatasi perkara berkenaan, dan memudahkan pengguna mencari teks yang dikehendaki pada dokumen fizikal, salah satu aplikasi yang ingin memudahkannya adalah CTRL-F.

CTRL-F

CTRL-F adalah sebuah aplikasi percuma untuk Android, membolehkan anda merakamkan gambar dokumen yang dikehendaki. Seterusnya melalui sokongan teknologi OCR, ia akan mengecam pelbagai teks yang terdapat pada dokumen berkenaan dan membuka kotak carian untuk anda membuat carian teks yang dikehendaki.

Sejumlah aplikasi lain turut menyertakan sokongan OCR, tetapi boleh dikatakan kadang-kala memerlukan anda memuat-naik dokumen ke storan awan, ataupun mengambil masa yang lama untuk mentafsir setiap teks.

CTRL-F ini boleh dikatakan salah satu aplikasi alternatif untuknya dan memfokuskan kepada hanya satu ciri utama – iaitu memudahkan anda membuat carian teks pada dokumen fizikal.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma daripada Google Play Store hari ini.

Muat-Turun CTRL-F untuk Android


TIPS & ULASAN