Cari @ Amanz

Tidak lama sebelum ini, kita telah melihat konsortium dari China yang disertai beberapa pohak termasuk Qihoo 360 telah menawarkan $1.24 bilion untuk pengambil-alihan keseluruhan Opera Software yang terkenal dengan pelayar web mereka. Kini, nampaknya perkara tersebut mengalami kegagalan, dan sebaliknya konsortium dari China berkenaan hadir dengan tawaran alternatif baru untuk Opera.

Opera Baru

Melalui tawaran baru, konsortium berkenaan menawarkan $600 juta untuk Opera bagi pengambil-alihan bahagian pelayar web mereka. Disamping itu, Opera juga akan menjual aplikasi yang memfokuskan prestasi dan privasi, selain melesenkan beberapa teknologi milik Opera.

Sementara perniagaan lain seperti Opera MediaWorks, Opera Apps, Opera TV dan beberapa yang lain tidak dijual. Opera dikatakan akan turut menawarkan penjenamaan mereka kepada konsortium China berkenaan, sebaliknya mereka sendiri akan mencari nama baru untuk baki perniagaan mereka seperti pengiklanan dan sebagainya.

Penawaran baru ini telah disahkan oleh ahli lembaga Opera dan kini menantikan kebenaran daripada pihak berkuasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd