Cari @ Amanz

Asus Malaysia kini telah menjadualkan acara Zenvolution pada 6 Ogos 2016 akan datang ini, sekaligus memperlihatkan mereka akan memperkenalkan sejumlah produk baru mereka yang telah diperkenalkan pada acara Computex 2016 lepas untuk pasaran tempatan.

Asus Zenfone 3 Deluxe

Pada Computex 2016 yang lepas, Asus telah memperkenalkan telefon pintar dan komputer riba baru. Telefon pintar dibawah keluarga Zenfone 3 telah dikemaskini dan hadir dalam tiga variasi, iaitu Zenfone 3 Deluxe, Zenfone 3, Zenfone 3 Ultra – disamping penambahan dua lagi variasi baru-baru ini. Menawarkan spesifikasi paling tinggi adalah Zenfone 3 Deluxe yang hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 82x dan memori sehingga 6GB RAM.

Selain itu, Asus juga telah memperkenalkan Asus Zenbook 3 pada Computex 2016 yang lepas – menawarkan rekaan yang sangat nipis dan ringan dengan penggunaan spesifikasi yang baik. Pesaing Surface juga telah diperkenalkan ketika itu, iaitu Asus Transformer Pro 3.

Asus Zenbook 3

Ia tidak lagi diketahui apakah peranti yang akan diperkenalkan oleh Asus Malaysia pada acara berkenaan. Apa pun, berkemungkinan besar kita akan dapat melihat pengenalan telefon pintar terbaru mereka pada acara berkenaan kelak – seperti mana yang telah dijanjikan oleh Asus ketika Computex 2016 lepas.

Buat masa ini, Asus Malaysia telah membuka pendaftaran minat bagi mereka yang ingin turut hadir ke acara Zenvolution yang dijadualkan pada 6 Ogos 2016 kelak, di Kuala Lumpur Convention Center. Sekiranya anda berminat, anda boleh mendaftar di laman Facebook Asus Malaysia, dan berpeluang untuk hadirkan diri untuk acara pelancarannya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd