Cari @ Amanz

Hari ini, pihak Google telah mengumumkan penawaran Android N Developer Preview yang kelima dan terakhir, sekaligus memperlihatkan Android 7.0 Nougat akan mula ditawarkan kepada peranti-peranti tidak lama lagi.

2016-03-14 05.34.33 1

Google sebelum ini telah mula menawarkan akses kepada Android N Developer Preview bagi para pembangun, membolehkan mereka menguji terlebih dahulu sama ada aplikasi mereka boleh berjalan dengan lancar ataupun sebaliknya pada sistem operasi terbaru ini.

Dengan pengenalan versi akhir ini, Google turut menyertakan easter egg tersembunyi yang mana mengambil inspirasi daripada permainan Neko Atsume.

Bagi anda yang menggunakan versi pembangunan ini, anda akan mula menerima kemaskini dalam minggu ini – sementara untuk pengguna lain, anda mungkin akan menerima kemaskini Android 7.0 Nougat sekiranya pengeluar peranti anda menyokong dan menawarkannya kepada peranti anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd