Carian
Penganut Hindu Menggesa Blizzard Membuang Watak Overwatch Yang Kelihatan Seperti Dewi Hindu
July 19, 2016 Effi Saharudin

Pokemon GO mungkin hangat di peranti mudah alih tetapi di PC dan konsol hanya Overwatch yang kami rasakan mempunyai jumlah pemain fanatik yang mampu menandingi kepopularannya. Permainan FPS berpasukan atas talian memaparkan pelbagai watak dengan kuasa tertentu. Setiap watak juga mempunyai 10 rupa (skrin)  berbeza yang boleh dinyahkunci menggunakan loot box. Watak Symmetra mempunyai rupa alternatif Devi yang kelihatan seperti seorang dewi Hindu.

Overwatch-Symmetra-DEVI-2Rajan Zed, presiden Universal Society of Hinduism yang berpangkalan di Nevada menggesa pihak Blizzard supaya membuang rupa Devi. Menurut beliau Devi menggabungkan elemen tengkorak kepala manusia dan kulit biru Dewi Kali. Dewi yang cukup dihormati ini mengawal kehidupan manusia dan bukannya dikawal oleh manusia di dalam permainan komputer. Penggunaan watak seakan Kali ini menurut Rajan Zed jelas tidak mengambil kiri sensitiviti 1 Billion penganut Hindu.

Sebelum ini Overwatch sudah membuang beberapa lagak watak wanita yang dikecam oleh aktivis hak wanita. Watak Tracer yang menonggeng pinggul dikatakan seksis dan segera digantikan oleh Blizzard. Tiada maklum balas diberikan oleh pihak mereka mengenai isu yang dibawakan oleh Rajan Zed setakat ini.

Komen