Sokongan Samsung Pay Hadir Ke Jam Tangan Pintar Gear S2 Dalam Bentuk Beta

Sokongan Samsung Pay Hadir Ke Jam Tangan Pintar Gear S2 Dalam Bentuk Beta

Diterbitkan pada July 19, 2016 oleh .

Samsung sejak daripada tahun lepas telah mula memfokuskan kepada platform pembayaran mereka, Samsung Pay – dan mula mengintegrasikannya pada pelbagai peranti mereka. Terkini, melalui kemaskini baru, Samsung dilihat turut membawa fungsi Samsung Pay pada jam tangan pintar, Gear S2 mereka.

Samsung Gear S2 Classic

Menggunakannya pada jam tangan pintar, pengguna boleh membuat pembayaran dengan lebih pantas berbanding dengan pembayaran tunai atau menggunakan telefon pintar. Walaubagaimanapun, ketika awal penetapan, pengguna perlu menambah kad dan sebagainya melalui telefon pintar mereka, dan ia akan di sync ke jam tangan pintar.

Untuk pengguna tempatan, anda mungkin perlu nantikan seketika sebelum dapat menikmati fungsi sama. Samsung Malaysia sebelum ini telah mengatakan mereka akan menawarkan sokongan Samsung Pay untuk pengguna tempatan sebelum penghujung tahun 2016 ini.


TIPS & ULASAN