Mercedes Benz Menguji Bas Panduan Automatik Di Lapangan Terbang Schipol

Mercedes Benz Menguji Bas Panduan Automatik Di Lapangan Terbang Schipol

Diterbitkan pada July 19, 2016 oleh .

Tesla ialah syarikat pertama menghasilkan kenderaan awam dengan sistem panduan automatik. Di kalangan pengeluar Asia, Nissan melancarkan Serena yang turut mampu melakukan perkara yang sama tahun ini. Mercedes Benz kini tampil dengan Future Bus, sebuah bas awam yang dipandu automatik. Future Bus menggunakan sistem CityPilot yang sebelum ini digunakan pada lori kargo yang diuji oleh mereka pada tahun 2014.

Mercedes Future Bus 1Bas panduan automatik ini kini dicuba di sistem BRT yang beroperasi di antara Lapangan Terbang Schipol Amsterdam dan Haarlem. Setiap bas dilengkapi 10 kamera untuk memberikan pemandangan 360 darjah. Dua kamera stereo pada depan dan belakang memberikan gambaran 3D ketika memandu. Empat radar pada bahagian hadapan memastikan bas sentiasa dipandu pada jarak yang selamat. Kesemua kamera dan radar berintegrasi dengan sistem GPS untuk memandu bas secara automatik. Sungguhpun mampu bergerak dengan sendiri, Future Bus yang diuji ini masih mempunyai pemandu sebagai langkah keselamatan.


TIPS & ULASAN