Xiaomi Mengesahkan Akan Melancarkan Redmi Pro Pada 27 Julai 2016 Ini

Xiaomi Mengesahkan Akan Melancarkan Redmi Pro Pada 27 Julai 2016 Ini

Diterbitkan pada July 19, 2016 oleh .

Xiaomi sedia mengumumkan mereka bakal hadir dengan produk baru pada 27 Julai 2016 ini. Kini, lanjutan daripadanya, Xiaomi berkongsi mengatakan mereka akan memperkenalkan Redmi Pro pada tarikh berkenaan.

Perkara ini sekaligus membuatkan kemungkinan kita tidak melihat sebarang peranti yang tertiris sebelum ini seperti Redmi 4 atau Redmi Note 4 diperkenalkan pada acara berkenaan. Langkah ini juga akan menjadi lebih baik kepada pihak Xiaomi, memandangkan mereka baru sahaja memperkenalkan keluarga Redmi 3 dan Redmi 3 Note pada tahun ini. Malah, peranti Redmi 3 masih belum memasuki lagi beberapa pasaran, termasuk Malaysia buat masa ini.

Redmi Pro ini dijangka akan membawakan spesifikasi yang lebih baik, dan mungkin menawarkan ciri-ciri yang menarik melaluinya.

Pada perkongsian sama, pihak Xiaomi turut mengatakan mereka mempunyai satu lagi peranti baru untuk diperkenalkan selain daripada Redmi Pro pada acara berkenaan.


TIPS & ULASAN