Cari @ Amanz

Meizu hari ini telah memperkenalkan satu lagi telefon pintar baru daripada mereka, iaitu Meizu MX6. Peranti ini dilancarkan untuk pasaran China sahaja buat masa ini.

Meizu MX6

Meizu MX6 hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan 1080p, serta menggunakan rekaan kaca 2.5D bagi memberikan keselesaan di tangan. Menjana peranti ini adalah cip pemprosesan Helio X20, memori 4GB RAM dan Mli-T880MP4 GPU.

Meizu MX6

Untuk rakaman gambar Meizu MX6, ia menyertakan kamera belakang 12-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel. Meizu dipetik mengatakan ia menawarkan kualiti rakaman seumpama Galaxy S7 melalui peranti MX6 ini.

Meizu MX6

Di China, Meizu MX6 ditawarkan pada harga bermula RMB1999 (sekitar ~RM1198). Ia tidak diketahui lagi sama ada peranti ini akan memasuki pasaran tempatan ataupun sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd