Algorithmia – Laman Mengubah Gambar Hitam Putih Menjadi Gambar Berwarna

Algorithmia – Laman Mengubah Gambar Hitam Putih Menjadi Gambar Berwarna

Diterbitkan pada July 19, 2016 oleh .

Semasa kami kecil kami percaya bahawa orang zaman dahulu hidup di dalam dunia hitam putih. Ini semua kerana menonton filem P Ramlee dan gambar datuk nenek yang tidak berwarna. Hanya selepas memasuki sekolah kami mengetahui filem berwarna hanya mula digunakan secara meluas di Malaysia ketika dekad 80an. Ini membuatkan kami tertanya-tanya bagaimanakah rupa Malaysia suatu ketika dahulu sekiranya filem berwarna wujud lebih awal?

Algorithmia

Algorithmia ialah laman yang dapat mengubah gambar hitam putih menjadi gambar berwarna secara automatik. Laman ini menggunakan algoritma deep learning untuk meletakkan warna yang sesuai pada setiap gambar hitam putih. Buat masa ini ia berfungsi paling baik dengan gambar pemandangan luar dan potret manusia. Di bawah ialah beberapa contoh gambar hitam putih yang diwarnakan secara automatik oleh laman ini.

Algorithmia

Layari laman Algorithmia untuk mengubah gambar hitam putih menjadi berwarna


TIPS & ULASAN