Seagate Memperkenalkan Cakera Keras Bersaiz 10TB Untuk Pengguna Desktop

Seagate Memperkenalkan Cakera Keras Bersaiz 10TB Untuk Pengguna Desktop

Diterbitkan pada July 19, 2016 oleh .

Pada hari ini, terdapat sejumlah penawaran cakera keras berkapasiti besar yang lebih ditujukan untuk digunakan dalam pelayan. Kini, Seagate hadir dengan penawaran terbaru mereka khusus untuk pengguna rumah, yang mana menawarkan ruangan storan bersaiz sehingga 10TB.

Seagate 10TB Barracuda Pro

Cakera keras ini hanya memfokuskan kepada saiz storan yang besar pada saiz biasa, 3.5-inci. Ini membolehkan pengguna menyimpan data yang banyak pada desktop mereka, tanpa memakan banyak ruangan komponen dalam CPU.

Selain daripada kapasiti, ia hanya menawarkan kadar pembacaan biasa, iaitu 7200rpm. Berkemungkinan dengan storan lebih besar ini, ia ditujukan kepada mereka yang terlibat dalam arena multimedia – terutamanya perlu menyimpan fail multimedia 4K yang biasanya bersaiz besar.

Buat masa ini, ia diperkenalkan di Amerika Syarikat, dan berharga US$535 (~RM2145).


TIPS & ULASAN