Cari @ Amanz

Sekiranya anda di Twitter, mendambakan akaun yang disahkan (verified account) adalah perkara normal. Platform media sosial ini mempunyai ratusan juta pengguna namun kurang daripada 200000 pengguna memiliki akaun yang disahkan ini. Ia terhad kepada jenama, kelab sukan, selebriti, ahli politik, ahli sukan dan wartawan ternama. Twitter memilih individu yang layak secara rawak sehinggalah sekarang.

Twitter Verified

Hari ini mereka mengumumkan sistem yang membolehkan pengguna memohon akaun mereka disahkan. Mereka hanya perlu mengisi borang khas di atas talian dan memberikan sebab mengapa mereka layak disahkan. Maklumat yang diperlukan ialah

  1. Nombor telefon
  2. Alamat emel
  3. Bio pendek
  4. Gambar profil
  5. Gambar header
  6. Tarikh lahirĀ  (untuk akaun individu sahaja)
  7. Alamat laman web
  8. Akaun dibuka untuk dibaca kepada semua.

Dengan menambah jumlah akaun yang disahkan Twitter berharap pengguna akan lebih mudah mencari akaun rasmi sekaligus memastikan kicauan yang dibaca adalah dari saluran rasmi. Sistem memohon ini diaktifkan hari ini di Amerika Syarikat sebelum dibuka kepada seluruh dunia menjelang hujung minggu. Kepada kaki Twitter yang merasakan mereka #Tweetfamous, silalah memohon pengesahan dengan segera.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd