BlackBerry boleh dikatakan merupakan salah satu jenama yang popular suatu ketika dahulu, tetapi semakin merudum sejak setahun dua ini. Mereka sebelum ini memfokuskan kepada peranti berasaskan BlackBerry 10 – namun, dibawah CEO baru, fokus mereka beralih kepada peranti berasaskan Android.
Pada tahun ini, mereka diperkatakan hanya akan hadir dengan telefon berasaskan sistem operasi Android sahaja. Beberapa info berkaitan dengannya telah tertiris sebelum ini, dan kini pihak BlackBerry sendiri mengatakan mereka akan berkongsi lanjut mengenainya pada minggu hadapan.
Pihak BlackBerry juga sebelum ini telah mengatakan akan menawarkan kemaskini baru untuk BlackBerry OS 10 dalam masa sebulan lagi, dan mungkin kita turut akan mendengar lanjut mengenainya pada acara minggu hadapan.