Cari @ Amanz

Video 360 darjah sudah disokong di YouTube sejak Mac tahun lalu dan di Facebook sejak September yang lalu. Teknologi ini masih baru dengan hanya beberapa kamera di pasaran yang mampu melakukan rakaman sebegini. Di dalam industri muzik penyanyi rap terkemuka Joe Flizzow menjadi artis tempatan pertama yang menghasilkan video muzik 360 darjah. Video muzik Budak Subang Jaya di bawah dihasilkan sempena menyambut ulang tahun ke-40 Subang Jaya. Pelbagai tempat menarik di bandar ini dipaparkan dengan pemandangan 360 darjah. Video muzik ini dirakam menggunakan cagak kamera Omni oleh GoPro. Ia boleh ditonton menggunakan pelayar web tetapi lebih afdal ditonton menggunakan peranti realiti maya seperti Google Cardboard.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd