Carput – Membantu Anda Menyelesaikan Masalah Kereta Rosak Di Tengah Jalan

Carput – Membantu Anda Menyelesaikan Masalah Kereta Rosak Di Tengah Jalan

Diterbitkan pada July 20, 2016 oleh .

Salah satu perkara yang kurang digemari oleh ramai pengguna adalah apabila kenderaan mereka rosak di tengah jalan atau ketika sedang memandu. Kebiasaannya, terdapat beberapa agen rasmi untuk sesuatu kenderaan atau insuran yang membantu ketika masalah ini berlaku, namun mungkin ia tidak selesa bagi ramai orang.

Untuk menyelesaikan masalah kereta rosak ditengah jalan ini, salah satu aplikasi baru daripada pembangun tempatan adalah Carput.

Carput

Carput merupakan sebuah aplikasi yang membolehkan anda menghubungi mekanik kenderaan dengan hanya satu klik sahaja. Ketika menggunakannya, pengguna akan diminta untuk memilih model kenderaan dan apakah masalah yang dialami – seperti tayar pancit, masalah bateri, kehabisan petrol, atau perlu ditunda.

Sebaik sahaja masalah tersebut di input, pengguna seterusnya akan dihubungkan dengan pembantu terdekat dan Carput akan memaparkan masa yang diambil untuk mereka tiba dilokasi anda.

Buat masa ini, perkhidmatan Carput ini masih menyertakan label beta, dan hanya ditawarkan untuk pengguna Android sahaja. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan mencuba aplikasi Carput ini hari ini, sekaligus mengurangkan tekanan apabila kenderaan anda rosak.

Carput

Muat-Turun Carput untuk Android

TIPS & ULASAN

<script>