Cari @ Amanz

April lalu Samsung mengesahkan mereka sedang membangunkan peranti realiti maya kendiri (standalone) mereka seakan HoloLens. Mereka baru sahaja mempatenkan nama produk baru Odyssey yang mungkin merupakan peranti realiti maya pertama mereka yang tidak memerlukan sebuah peranti untuk berfungsi. Paten untuk Odyssey difailkan bersama dengan tiga logo yang mengesahkan ia berkaitan dengan teknologi realiti maya.

Samsung OdysseyTeknologi mengesan kedudukannya dengan lebih tepat seperti HTC Vive dijangka akan digunakan. Tidak banyak maklumat diketahui mengenai spesifikasi ataupun rekaan Odyssey diketahui setakat ini. Samsung Gear VR keluaran mereka kini ialah antara peranti realiti maya paling popular di dunia dengan lebih 1 Juta pengguna aktif setiap bulan. Dengan Odsyssey mereka pastinya akan meningkatkan kemampuan grafik sedia ada.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd