Vaksin Menentang Virus HIV Diuji Di Afrika Selatan Hujung Tahun Ini

Vaksin Menentang Virus HIV Diuji Di Afrika Selatan Hujung Tahun Ini

Diterbitkan pada July 20, 2016 oleh .

Human Immunodeficiency Virus (HIV) ialah virus yang mengakibatkan penyakit AIDS. Ia mula mendapat perhatian dunia pada tahun 1981 kerana epidemik yang melanda golongan homoseksual di Amerika Syarikat. Penyakit yang dihadapi pada awalnya diberi nama Gay Related Immune Deficiency (GRID) pada tahun 1982 sebelum diubah ke Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS).

Virus-HIV-1 Sample virus HIV terawal ditemui pada sampel darah seorang lelaki Congo yang tersimpan sejak 1959. Virus dipercayai melompat spesies dari beruk ke manusia di Congo Afrika. Teori popular mencadangkan manusia pertama menghidap HIV digigit beruk ketika memburu. Penyakit kemudian dipercayai merebak ke Amerika Syarikat di akhir dekad 60an.

Tahun lalu 2.1 Juta kes HIV baru dikesan. Dua per tiga kes baru ini ditemui di Benua Afrika. Bagi menentang virus yang boleh membawa maut ini, vaksin baru ALVAC-HIV/gp120 akan diuji di Afrika Selatan November ini. Seramai 250 sukarelawan akan terlibat dengan ujian di mana separuh disuntik vaksin dan separuh lagi dengan placebo sebagai ujian kawalan. Peningkatan

Virus ini ialah hasil kajian selama tiga dekad. Ia terlebih dahulu diuji di Thailand dan menunjukkan tahap keberkesanan sekitar 30%. Virus masih belum mampu membanteras jangkitan HIV secara total dan ujian di Afrika Selatan ini akan digunakan untuk mengumpul lebih banyak data bagi membangunkan vaksin yang lebih efektif. Dengan ujian lebih intensif, di masa hadapan penyakit HIV/AIDS akan dapat dikuburkan sama seperti polio, batuk kokol dan diphtheria. Ini hanya akan berlaku sekiranya golongan anti vaksin dihapuskan terlebih dahulu.


TIPS & ULASAN